*TASHA-TASHA-TASHA*

Suri rumah pun nak gak jadi blogger..isi masa lapang..suka thanks..x suka pun thanks gak la..layan jerr...ahakss..

Monday, February 14, 2011

Maulidur Rasul - marilah kita menghayati kelahiran Nabi Muhammad SAW...

Muhammad SAW bin 'Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim...

Baginda adalah ank kpd pasangan Abdullah dan Aminah. Bapa baginda meninggal dunia sewaktu baginda masih di dlm kandungan ibunya lagi. Ketika itu Abdullah berangkat ke Syiria membawa brg dagangan. Dalam perjalanan pulang Abdullah jatuh sakit dan meninggal di Yatsrib. Kerana meninggal dlm faktor usia yg muda,Abdullah tidak byk meniggalkan harta warisan buat ank dan isterinya. Beliau hanya meninggalkan sebuah rmh,5 ekor unta dan sejumlah kambing serta seorg budak perempuan,Ummu Aiman.

   Pada thn kelahiran Nabi Muhammad SAW, sepasukan musuh dgn kenderaan bergajah yg dipimpin oleh Abrahah iaitu gabenor kerajaan Habsyi di Yaman, hendak menghancurkan Kaabah. Oleh kerana itu thn tersebut dinamakan tahun Gajah. Setiap thn Kaabah dikunjungi oleh umat Islam dr berbagai negeri utk menunaikan ibadah haji. Hal ini menyebabkan negeri Mekkah menjadi semakin ramai penduduk dan bangsa Quraisy yg menguasai Kaabah makin dihormati dan dipandang tinggi. Abrahah tidak menyenangi keadaan itu dgn itu Abrahah berusaha menghasut umat Islam agar tidak dtg lagi ke Mekkah. Lalu Abrahah membina sebuah gereja besar di Shan'a yg diberi nama Al-Qulles dgn tujuan gereja ini dpt menggantikan Kaabah. Ini bertujuan utk menarik semua umat menunaikan haji di Yaman. Namun demikian tidak seorg pun bangsa Arab yg mahu menunaikan ibadah haji di gereja itu. Perasaan amarah Abrahah semakin meluap2 apabila tidak ada seorg pun bangsa Arab yg mahu mengubah Kaabah ke Yaman. Abrahah bersumpah akan meruntuhkan Kaabah yg berada di kota Mekkah itu. Lalu terbentuklahpasukan tentera bergajah....
  
   Peristiwa pasukan bergajah yg diazab oleh Allah SWT dgn mengirimkan sejenis burung yg menyerang mereka sampai binasa tertulis dlm Surah Al-Fiil dr ayat 1-5 yg bermaksud:

          "Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (utk menghancurkan Kaabah) itu sia-sia? Dan Dia mengirimkan kpd mereka burung yg berduyun-duyun, yg melempari mereka dgn batu (berasal) dr tanah yg terbakar, lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yg dimakan (ulat)."
                                              (Al-Fiil : 1-5)
  
Kelahiran Muhammad SAW.

Mimpi-mimpi aneh menjelang kelahiran Nabi Muhammad SAW.
  
* Abdul Muthalib(datuk) - dlm mimpinya pd punggung Abdul Muthalib tumbuh sebatang pohon yg cabang atasnya mencapai langit dan cabang sampingnya merentang dr timur ke barat. Seberkas cahaya yg lebih terang dr matahari bersinar dr pohon itu.

* Aminah(ibu) - sejak awal kehamilan Aminah sentiasa bermimpi didatangi oleh para Nabi dgn membawa khabar gembira, bahawa bayi yg dikandungnya itu kelak akan menjadi pelita dunia yg akan menerangi seluruh alam, dr timur sampai ke barat.
 - menjelang hari kelahiran Aninah bermimpi melihat seberkas cahaya yg amat terang menyilau mata, memancar keluar dr tubuhnya. Cahaya itu menebar dan meluas ke seluruh alam hingga tidak ada sudut pun yg tidak disinarinya. Dgn sinar itu seluruh permukaan bumi berubah, dr gelap menjadi terang benderang.

* Dlm suatu riwayat diceritakan pd mlm ketika Nabi Muhammad SAW akan dilahirkan, Aminah didatangi perempuan muda yg cantik paras rupanya. Mereka memakai pakaian yg amat cantik serta memakai wangian yg harum semerbak sehingga memenuhi ruangan rmhnya. Mereka memperkenalkan diri sambil berkata   " Kami adalah Asiyah dan Maryam, kami sengaja dtg ke mari atas perintah Tuhan utk menyambut kelahiran puteramu yg kelak menjadi Nabi akhir zaman." Aminah menyambut baik kedatangan tetamu itu dgn senang hati. Seorg demi seorg menjabat tangannya serta memandang dgn senyum mesra dan mendoakannya. Kedua perempuan itulah yg bertindak sbg bidan mengurus bayinya dgn dibantu oleh beberapa org bidadari teman mereka, sehingga selesai proses kelahiran itu, mereka menemaninya hingga waktu Subuh tiba kemudian mereka minta diri meninggalkannya.

   Inilah beberapa kejadian luar biasa pd saat Nabi masih dlm kandungan ibunya hingga menjelang hari kelahirannya.

   MALAM MENJELANG DINIHARI (SUBUH), ISNIN 12 RABIUL AWAL TAHUN GAJAH YAKNI BERSAMAAN DGN 20 APRIL 571 MASEHI LAHIRLAH SEORG NABI AKHIR ZAMAN IAITU NABI MUHAMMAD SAW.....



Tasha 'say' : Marilah kita semua menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai idola...jgn la asek nak tiru artis itu ini..sampai terpesong akidah..ada cth sebaik Nabi Muhammad SAW jadikanlah ia sebagai penunjuk jln..perbykkan bacaan ttg kisah kehidupan Nabi kita. Mudah2an kita mendapat iktibar dr setiap apa yg berlaku...amin...

2 comments:

  1. TASHA say : Maaf jika ada salah dan silap dlm penulisan dan penceritaan saya. Saya hanya ingin berkongsi cerita bersama kalian..mane kurang atau terlebih maafkanlah yee..saya hanya insan biasa...x lari dr kesilapan...

    ReplyDelete
  2. hai tasya, nice to meet u..'meet' dlm alam maya la..hehehehehe
    baca n3 ni teringat zaman sekolah agama dulu, ustazah selalu cerita kan,,skang dh besau panjang kene bc sendiri la plak + since dh ada anak ni kene cita kat anak la plak kan..hehehehe

    ReplyDelete